03 July 2020

ELLY MAZLEIN: "KALAU DAH OKEY, DAH KUAT, DAH SAH, KAK LINA AKAN KONGSIKAN"


Ditanya mengenai soal kehamilan, penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein mendedahkan masih terlalu awal baginya untuk bercerita. Bintang berkenaan tampil menjawab desas-desus mengenai hal tersebut memandangkan dia kini kelihatan jarang memuatnaik foto Outfit of the Day (OOTD), hingga menimbulkan spekulasi peminat.





Elly atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina menerusi Harian Metro menjelaskan, masih terlalu awal untuknya berkongsi: "Kalau dah okay, dah kuat, dah sah, Kak Lina akan kongsikan. Masih awal lagi untuk bercerita pun," katanya.

Pada masa sama, bintang drama 'Kampung People' itu juga memohon doa ramai agar mendoakan kesejahteraan serta dikurniakan rezeki cahaya mata buatnya secepat mungkin: "Doakan Kak Lina ya. Kalau ada berita mengenai kehamilan, Kak Lina akan kongsikan. Jadi, doakan kesejahteraan dan semoga dikurniakan rezeki cahaya mata," katanya lagi.

Elly dan Mohd Azlan Che Noh mendirikan rumah tangga Januari lalu di Kuala Lumpur dan ia merupakan perkahwinan kali kedua bagi Elly. Menerusi perkahwinan terdahulu, penyanyi 'Bungaku Bakawali' ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: