20 July 2020

"JANGAN BUAT MAIN DENGAN BAB AGAMA & PERKAUMAN..." - SAFIEY TAK SOKONG SAJAT



"Saya tidak menyokong dengan apa yang Sajat buat. Jauh di sudut hati saya sebenarnya jangan buat main dengan bab agama dan perkauman kerana isu ini sensitif kepada masyarakat. Saya sendiri pergi mengerjakan Umrah dengan berpakaian lelaki. Apa yang Sajat buat memang saya kena tempias juga. Saya taktahu apa-apa.



"Tapi saya tak boleh terus mengutuk dia. Saya tak nak masuk campur dengan urusan dia," ujar usahawan kosmetik, Safiey Illias yang mengakui turut sama terkena tempias dengan isu Nur Sajat yang menjadi bualan ramai selepas berkongsi foto dan video memakai pakaian yang mencolok mata di Instagram (IG).

Ketika dihubungi, Safiey menyatakan dia tidak menyokong dengan apa yang dilakukan Sajat kerana berkait rapat dengan agama. Tambah pelantun lagu Apa Salah Syinta, dia tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan justeru memilih untuk berkongsi tentang kecantikan dan perniagaan.

"Jadi saya hanya akan bercerita tentang diri saya dari sudut positif. Takkan dia tayang buah dada saya nak bogel pulak. Saya kena tunjukkan sudut berbeza kepada masyarakat. Ada yang baik juga mengenai mak nyah ini contohnya dari segi kecantikan dan perniagaan," ujarnya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: