02 July 2020

MAHKAMAH ISYTIHAR BOY IMAN MUFLIS


"Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.

"Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.





"Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi mangsa 'scam'," demikian ujar peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pemiutang terhadap pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Boy Iman, 40, dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

Sehubungan itu, Boy Iman akhirnya diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkuat kuasa semalam.

Pengisytiharan muflis itu diputuskan mahkamah berikutan kegagalan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: