28 July 2020

"MELAMPAU... SAYA PUN FASIH" - NEETA BENGANG DIBANDINGKAN DENGAN PAVITHRA



Penyanyi Neeta Manisha baru-baru ini telah dibandingkan dengan YouTuber masakan iaitu S Pavithra berhubung tahap keupayaannya berbahasa Melayu. Dek kerana itu, Neeta atau nama sebenar Neeta Manishaa Manogaran, 26, meluahkan rasa kesal dan menegaskan perbuatan membandingkan dia dan Pavithra adalah melampau kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.



"Saya cakap bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Ada orang komen dan suruh saya cakap bahasa Melayu sebab saya duduk dekat Malaysia. Saya bengang apabila ada orang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau. Bagi saya, anda tak boleh bandingkan dua orang yang berbeza. Memang Pavithra lebih fasih daripada saya," katanya.

Selain itu katanya, kecaman yang diterima tidak masuk akal kerana dia sering menyanyikan lagu-lagu bahasa Melayu sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi. Namun, vokalis kumpulan IamNEETA ini berkata dia tidak menyalahkan Pavithra dalam soal ini malah mendoakan yang terbaik untuk dia dan suaminya M Sugu yang terlibat dalam dakwaan kes pukul baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

"Saya pun nak juga fasih bercakap bahasa Melayu macam dia, tapi dah tak syok la apabila orang bandingkan kami padahal selama ni saya dah menyanyi sepuluh lagu dalam bahasa Melayu. Saya seronok masa jalani penggambaran rakaman program itu, tapi apabila orang fokus pada bahasa yang saya gunakan berbanding perisian program... saya jadi bitter. Tapi saya pun tak salahkan Pavithra sebab saya minat sangat dengan dia. Saya doakan yang terbaik saja untuk dia," ujarnya.

Naib juara program Big Stage ini bagaimanapun mengakui rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu pandai berbahasa Melayu: "Sudah tentu semua orang perlu tahu berbahasa Melayu, isunya ialah sama ada fasih atau tidak saja. Untuk saya, bahasa Inggeris adalah bahasa pertama dan bahasa Melayu adalah bahasa kedua saya sebab tu kadang-kadang ada pelat.

"Netizen juga perlu jadi lebih peka dengan apa yang mereka tulis di media sosial. Nampak macam tak serius tapi sebenarnya apa yang mereka tulis tu beri impak yang agak besar kepada orang yang dikecam. Selalunya orang yang cakap macam ni tak faham bagaimana media sosial ni berfungsi... mereka ingat boleh cakap apa-apa saja yang mereka nak," jelasnya.





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: