28 July 2020

PANIK ANAK MENGADU DEMAM - HASNOL SOKONG KELAS ONLINE, LEBIH SELAMAT



Semua sedia maklum mengenai sesi persekolahan yang dibuka sepenuhnya pada 22 Julai lalu, setelah hampir tiga bulan ditutup kerana penularan Covid-19. Namun begitu, penyanyi popular era 90-an, Hasnol telah menyuarakan kebimbangan mengenai tahap keselamatan dua anaknya yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan ketika negara masih memerangi penularan wabak Covid-19.



Meskipun berat hati untuk melepaskan anak ke sekolah, Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Hassan Ariff berkata dia hanya mampu berserah dan bertawakal kerana enggan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

"Kalau nak ikutkan memang terlalu risau. Berat rasanya nak membenarkan mereka ke sekolah namun apabila difikirkan balik, ibu bapa bukan boleh mengajar seperti cikgu di sekolah. Jadi terpaksalah saya benarkan mereka ke sekolah walaupun hati saya sangat berat.

"Anak saya yang berada di tingkatan empat tidaklah merisaukan saya. Cuma, anak darjah tiga agak membimbangkan saya. Dia pernah cakap rasa nak demam apabila balik dari sekolah. Walaupun demam biasa, hati ayah mana tidak risau," katanya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, penyanyi berusia 50 tahun itu yang popular menerusi lagu 'Sudi Katakan Sudi' dan 'Laguku Untukmu' ini berkata dia lebih selesa jika anaknya mengikuti pengajian secara atas talian seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Di sekolah cikgu perlu menjaga ramai pelajar, takkan nak letak semua tanggungjawab itu atas bahu mereka. Sejujurnya bagi saya kekalkanlah cara belajar sebagaimana dalam tempoh PKP. Mereka lebih selamat di rumah, dalam masa yang sama tidak ketinggalan pelajaran kerana semuanya atas talian.

"Saya sokong 100 peratus jika buat kelas online sehingga kes benar-benar pulih. Sekarang ni pun tengok kes meningkat naik... hati memang risau cuma mampu berdoa semoga wabak ini dapat berakhir segera," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: