"Soal kahwin ini, bagi saya terlalu banyak sangat versi cerita dan pernah juga dikaitkan dengan beberapa orang sebelum ini. Saya tidak akan berkongsi atau berikan kata putus selagi perkara itu (kahwin) belum terjadi dalam hidup saya. Tapi saya akan beritahu rakan media kalaulah perkara yang baik ini akan berlaku. Saya gemar untuk berkongsikan ia dengan semua orang.
Bagaimanapun Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, berkata, dia memberitahu berita gembira itu kepada umum sekiranya sudah mempunyai perancangan ke arah itu. Bekas pengacara program MeleTOP ini juga memohon agar tiada lagi gosip berhubung soal kahwin namun berharap orang ramai mendoakan dia bertemu pasangan yang baik.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Neelofa dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail selepas mereka kelihatan rapat sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, Neelofa menjelaskan dia sudah mengenali Riz sejak tiga tahun lalu dan mereka sudah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.
Hubungan mereka dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem 'Ada Apa Dengan Dosa' itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa. Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia mungkin akan mendirikan dalam masa tiga atau empat tahun lagi dan menyedari usianya kini memang sesuai untuk ditanya soal kahwin.
"Kalau nak diikutkan pada usia saya sekarang, memang sudah logiklah untuk berkahwin. Memang relevan untuk ditanya hal itu. Sejujurnya, saya mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam tiga atau empat tahun lagi. Sebab mengenangkan komitmen lain yang perlu saya selesaikan. Bagaimanapun ia mengikut kepada situasi, misalnya apa yang berlaku sekarang dan sebagainya," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Noor Neelofa
________________________
-
:: FACEBOOK

No comments:
Post a Comment