31 July 2020

WANITA DIKAITKAN DENGAN SYUK - KECIK DEDAH PERNAH TINGGAL SEBUMBUNG, GUGUR ANAK



Sebelum ini, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar bermain kayu tiga dengan wanita bernama Fara Salleh malah turut dituduh menghamilkan wanita terbabit. Terkini, bekas vokalis Hyperact, Kecik pula tampil mendedahkan mengenai wanita yang dikaitkan dengan Shuk itu.



Kecik menerusi laman sosial Twitternya mendakwa, Fara Salleh merupakan bekas teman wanitanya dan pernah tinggal sebumbung. Menerusi bebenang di Twitter, Kecik berkata wanita tersebut juga pernah mendakwa hamil anak mereka dan menggugurkan bayi tersebut.

"Time November ke Disember tu aku shooting kat Perlis. Dia kat KL, dia selalu kecoh-kecoh suruh balik bla bla... Pastu contact mak ayah aku cakap dia gugur anak aku. Siap bagi gambar dekat kakak aku, gambar janin dari google," tulis Kecik.

Tambah Kecik lagi, awal perkenalannya dengan Fara wanita tersebut mengajaknya tinggal sebumbung dan sempat tinggal bersama selama setahun: "Memang salah aku stay berdua dengan dia tapi jahil time tu kan... Aku stay dalam masa setahun, tiga kali pindah.



"First aku stay kondo Banjaria Court dengan budak-budak Hyperact. Pastu aku kenal dia... Dia ajak stay sekali. So aku pun ok ajee... Bak kata orang rezeki gais... hahaha! Ya Allah jahilnya aku time tu... Aku stay kat Manjalara dengan dia. Alhamdulillah bahagia awalnya.. 5,6 bulan lepas tu dia kena buang kerja, pastu bermulalah sesi jadi ketua keluarga cenggitu," dakwa Kecik.

Menurut Kecik lagi Fara Salleh lah yang menyebabkan dia disumbat ke dalam lokap atas tuduhan memukul dan sebelum itu wanita tersebut bertindak menabur fitnah tentang dirinya kepada anggota Hyperact. Dakwanya lagi, Shuk dan isteri pernah meminta bantuan darinya selepas diganggu Fara Salleh. Malah Fara Salleh juga pernah membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul Shuk.

Terdahulu, beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan Shuk Sahar bermain kayu tiga. Lebih mengaibkan Shuk turut dituduh menghamilkan Fara Salleh, sama seperti yang pernah dilalui Kecik.

Klik untuk gambar besar

Dalam masa sama, Kecik turut menidakkan dakwaan yang mengatakan dia membuka aib sendiri bersama Fara Salleh. Jelas Kecik, ini adalah pengajaran kepada semua orang supaya tidak hanyut sehingga melanggar ajaran agama Islam.

"Aku bukan nak buka aib sendiri. Aku anggap benda ni sebagai pengajaran untuk semua orang supaya bila belum berkahwin jangan sesekali tinggal sebumbung. Masa tu agama pun entah ke mana," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram Stories.

Tambah Kecik, selepas peristiwa itu dia sudah dapat membezakan perkara yang betul dengan salah: "Boleh tak korang fikir positif dengan apa yang aku cerita? Bukannya kita cerita untuk bangga diri buat dosa pun. Aiyoo. Sekarang ini alhamdulillah dah tau fikir mana betul mana salah," tulisnya lagi.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: