31 July 2020

BEKAS ISTERI IMAM MUDA, NUR HIDAYU ENGGAN BERPOLIGAMI - "SAYA REDA"



"Saya pernah tanya dia, apa kekurangan atau salah saya? Dia cakap, saya tidak ada apa-apa salah pun. Ini kerana dia berkeinginan dan mampu untuk berkahwin lagi.

"Dalam tempoh edah boleh rujuk. Jadi, tak ada masalah pun sebab bukan hantar gambar tak tutup aurat. Namun, lima minit selepas itu dia balas meminta saya menjaga akhlak dan adab. Dia cakap kecantikan saya itu sekejap saja. Saya fikir mungkin sebab saya sudah melahirkan lima anak, jadi nampak lain.

"Saya reda. Bukan kata sudah lama dengan dia atau apa, tapi saya fikir di akhirat nanti. Kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila. Daripada saya ada dosa dengan suami, lebih baik tak bersama supaya antara kami saling tak ada dosa. Andai masih bersama pun dan teruskan poligami, belum tentu lagi dia dapat berlaku adil," kata bekas isteri Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu Rosly mengenai tempoh hampir 13 tahun perkahwinan mereka.



Dia kini reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ia ujian buat Allah untuk dirinya. Menurutnya, ketika ini ibu bapa, keluarga dan anak-anak menjadi penguat dirinya.

"Mak pernah marah saya dan suami, tapi saya tak boleh kalau orang hina suami saya sebab sudah 13 tahun kami bersama. Memang ada berlaku konflik dengan emak. Katanya, jika saya datang berhari raya ikut pintu depan, dia akan keluar ikut pintu belakang.

"Daripada saya hilang keluarga, baik saya reda suami kahwin lain. Ini kerana emak ada satu saja di dunia. Saya cerita masalah rumah tangga kepada keluarga pun selepas Januari lalu ketika suami beritahu sudah kahwin lain.

Klik untuk gambar besar

"Keluarga kedua belah pihak pun sudah berjumpa, tapi dia masih bertegas dengan keputusan dibuat. Saya cakap pada anak-anak mungkin jodoh kami sudah tiada. Anak ada tanya saya tak sayang abah merekakah? Saya cakap sayang, sebab sudah 13 tahun," ujarnya dipetik sebagi berkata.

Tambah Nur Hidayu, dia pernah merancang untuk menunaikan umrah bersama suami pada hujung tahun ini.

"Saya berharap nak pergi umrah dengan suami dan merancang nak pergi hujung tahun ini. Saya cakap nak pimpin tangan dia, tapi tak kesampaian hajat saya. Dah tidak ada jodoh," katanya yang mendedahkan Syed Faris atau nama sebenarnya Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, menceraikannya selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu pada media.

Hingga kini, usaha media untuk menghubungi Syed Faris bagi mendapatkan reaksinya sejak kelmarin tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: