31 July 2020

BILA SHUK SAHAR DIDAKWA CURANG - PAKSA WANITA GUGUR ANAK?



Hari baik bulan baik, tiba-tiba timbul kontroversi yang melanda pelawak dan pengacara Shuk Sahar apabila didakwa berlaku curang terhadap isterinya.

"Betina ni memang sondol laki orang saja, kalau boleh yang then dia konon sara hidup mana jantan yang solo baru mau up. Apa punya perangai. Nanti kongsi pula tentang perempuan tu dengan laki orang pula. Ingat dah bertudung suci dah," tulis seorang individu mendakwa Shuk mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Lebih teruk, individu tersebut turut membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara. Dakwanya, hubungan sulit Fara dan Shuk sejak setahun lalu kini diketahui oleh isteri pelawak berkenaan, Rossalennah Natassyiah.



Malah, menerusi paparan skrin yang turut disebarkan di Twitter, skandal Shuk didakwa telah mencipta akaun palsu menggunakan nama @_sflia untuk berhubung dengan Rossalennah dan memberitahu perkara sebenar.

Dakwanya, Shuk pernah menghamilkannya dan memaksa dia untuk menggugurkan kandungan tersebut. Malah, mendakwa Shuk sendiri yang membawanya untuk gugurkan anak.

"Tak nak mengaku suami ada perempuan lain di belakang? Tak nak mengaku suami dah mengandungkan perempuan lain? Nak tengok segala bukti yang ada, boleh je. Sampai paksa suami sumpah cerai talak kalau contact lagi," dakwanya.

Klik untuk gambar besar

Tulisnya lagi, dia turut mempunyai bukti di atas apa yang diperkatakannya. Malah, individu yang dipercayai skandal Shuk itu mendakwa akui kesal dengan perbuatannya menggugurkan anak dalam kandungannya.

Difahamkan, isteri Shuk turut memuat naik komen terbabit di akaun Instagramnya namun telah memadamkan status berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Shuk mengenai dakwaan tersebut.

Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini.







www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: