30 July 2020

SETAHUN LEBIH KAHWIN - NELYDIA AKUR & REDA BELUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA



"Sekarang ini saya sibuk dengan shooting, tapi kalau boleh ada rezeki tu saya nak sangat ada cahaya mata. Mungkin sekarang Allah kata belum masa yang sesuai untuk saya dikurniakan cahaya mata. Saya akur dan reda cuma saya minta kalian doakanlah yang baik-baik.



"Rezeki, ajal dan maut semua Dia yang tentukan tapi saya tidaklah terlalu tertekan. Kami baik-baik sahaja memandangkan baru berkahwin tahun lalu, Insya-Allah soon," kata pelakon Nelydia Senrose yang mengakui dia dan suami tidak tertekan meski belum dikurniakan cahaya mata walau sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Nelydia, dia akur dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan menganggap sekarang mungkin bukan waktu yang terbaik buat mereka untuk memiliki ahli keluarga baru. Dalam pada itu, adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini juga turut akui dia tidak melihat perkara tersebut dari sudut negatif.

Klik untuk gambar besar

Sebaliknya, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang perihatin mengenai sisi kehidupannya di samping suami tercinta: "Saya tidaklah pressure sebab saya rasa orang semua faham dan saya sendiri okay sahaja bila ada yang bertanya. Itu perkara biasa dan saya tak anggap pun ia satu benda yang negatif. Orang tanya sebab orang nak tahu, terima kasih," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, bintang drama 'Lelakimu Yang Dulu' itu menambah, dia tidak akan terburu-buru untuk membuat mengumuman seandainya disahkan hamil satu hari nanti: "Kalau kata saya mengandung, kalau boleh tidak mahulah umumkan terlalu awal.

Mungkin tunggu sehingga kandungan itu kuat, barulah berita gembira tersebut akan dikongsikan. Sebab bagi saya, kesihatan dan keselamatan bayi yang dikandung itu penting," ujar Nelydia yang mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 April 2019 bersama ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nelydia Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: