Berhubung komen yang ditinggalkan di ruangan Instagram (IG) bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Mahathir Mohd, pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan netizen telah salah faham. Kata Sharnaaz, sebagai seorang kawan dia akan berada di sisi untuk memberi sokongan terutamanya ketika dalam kesusahan.
"Itu bukan saya walaupun ada orang pernah buat saya macam tu. Ibu bapa saya tak pernah ajar macam tu. Kalau netizen nak kecam saya pun dah 12 tahun saya kena. Tak rasa apa, dah biasa sangat. Yang penting kita mendoakan orang dan kita pun buat benda sama," katanya.
Sebelum ini, Sharnaaz telah memberi kata-kata semangat di salah satu entri IG Mahathir: "Stay sharp brother.. Jadi seperti lelaki dan saya tahu anda boleh menangani ini dengan bijak. Sayang awak kawan," tulis Sharnaaz.
Sementara itu, tegas pelakon filem 'Polis Evo 3' dia tidak berkawan berdasarkan harta kekayaan seseorang itu: "Saya kawan dengan semua orang. Kalau saya ambil kesempatan dah kaya raya sekarang ni. Saya orang biasa. Mati pun guna kain kapan, tak ada kain beropol-ropol," katanya lagi.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment