28 July 2020

INI KATA SHUIB BILA 'DATUK' DIPERTIKAIKAN



"Setiap individu ada hak untuk memberi pendapat dan pandangan masing-masing. Ada betulnya juga apa yang netizen cakap. Saya ini orang biasa-biasa sahaja. Kalau ada rezeki untuk diberikan pangkat itu (Datuk), adalah. Kalau tidak ada pun, tak mengapa, tak ada masalah.



"Tak apalah, biarlah dulu (hal mengenai pemberian pangkat Datuk). Kalau boleh, saya tidak mahu memperbesarkan mengenai isu tersebut," kata pelawak dan pelakon Shuib yang mengakui bahawa terdapat pihak yang mempertikaikan dirinya sebaik mendapat tahu ditawarkan penerimaan darjah yang membawa gelaran 'Datuk' dari sebuah negeri.

Begitupun, menurut Shuib, dia menerima segala pandangan dan kritikan yang diberikan netizen tersebut berhubung pemberian pangkat berkenaan dengan hati terbuka. Shuib yang kini mengusahakan perniagaan francais air minuman Bubble Bee itu berkata, sehingga kini, dia masih lagi mempertimbangkan tawaran penerimaan darjah tersebut.

"Dalam hidup ini, kita tidak tahu apa akan jadi pada esok lusa. Kalau dah ketentuan-Nya, misal kata dalam tahun ini, saya terima juga kurniaan Datuk itu, saya anggap itu rezeki dari Allah sahaja," ujarnya.

Sebelum ini, Shuib mendedahkan bahawa dia mendapat tawaran untuk penerimaan darjah yang membawa gelaran pangkat dari sebuah negeri. Ekoran perkongsiannya itu, Shuib menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen termasuklah apabila ada yang mempersoalkan sumbangan dan jasanya.

Dalam perkembangan lain, menurut Shuib, dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan Bubble Bee yang kini sudah mempunyai lapan cawangan. Outlet kelapan di Senawang, Negeri Sembilan merupakan cawangan pertama yang dibukanya di luar Lembah Klang.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: