26 July 2020

PADAM VIDEO MASAKAN DI YOUTUBE - M. SUGU & S. PAVITHRA DAH TAK SEHALUAN?



Gara-gara M. Sugu didakwa mencederakan isterinya, S. Pavithra, dan dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki senjata, tiba-tiba entah kenapa saluran masakan YouTube popular 'Sugu Pavithra', yang telah mengumpulkan hampir 800,000 subscribers... bahkan mendapat perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah dikosongkan kesemua kandungannya.

Sehingga awal hari ini, saluran tersebut yang sebelum ini telah memaparkan hampir 100 video demonstrasi memasak dan keindahan kehidupan di Perak, telah kosong.

Malah video terbaru mereka iaitu mendokumentasikan perjalanan ke Sunway City di Kuala Lumpur yang disiarkan minggu lalu turut dipadamkan.



Dalam hal ini, belum lagi jelas mengapa kandungan saluran tersebut dipadamkan dan siapa yang memadamkannya.

Malah timbul dakwaan segelintir netizen kemungkinan pasangan ini sudah tidak sehaluan lagi ataupun mereka sudah jemu dengan populariti yang ada.

Untuk rekod, beberapa hari lalu hangat diperkatakan kes mengenai pasangan YouTuber masakan popular apabila suaminya, M. Sugu didakwa mencederakan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejutkan rakyat Malaysia.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, semalam Pavithra telah menarik balik laporan polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja.

Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Namun dengan perkembangan terbaru ini, kata-kata Pavithra itu ternyata meleset sekaligus menimbulkan tanda-tanya baru mengenai apakah kemelut yang melanda mereka.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: