14 July 2020

"SAYA PERNAH MENCUCI TANDAS... KAUT MUNTAH & NAJIS MANUSIA" - FAZLEY



Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi laman Instagram telah memuat naik video yang merakamkan dirinya sedang mop lantai, selain mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pencuci tandas ketika menyambung pengajian dia luar negara satu masa dahulu. Menurut Fazley pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila terpaksa mengaut najis dan muntah dari lantai tandas.



"Pemilik atau Chef restoran mop lantai?! Why not?! Hari ini restaurant jenama kedua saya @minangtapau dibuka di tapak yang lebih luas di Bukit Damansara. Memang agak sibuk kami semua menyediakan menu, susun kerusi meja, bersihkan lantai dan malahan mencuci tandas.

"Mungkin ramai tak tahu, sebelum-sebelum ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti).

Klik untuk gambar besar

"Selain itu, menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk-pucuk muda dan daun-daun herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak," katanya.

Justeru, Fazley memberitahu kerja-kerja mengemas dan mop lantai tidak menjadi masalah baginya meskipun sudah memiliki dua buah restoran: "Jadi apabila menjadi pemilik restoran, apalah sangat kerja-kerja mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas," katanya lagi pada entri tersebut yang mendapat perhatian pengikutnya yang sedikit sebanyak mendapat inspirasi daripada perkongsian itu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fazley Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: