"Kisah sebenar "LELAKI DAYUS". Sorry sayang @drfietawfek sbb I tertunjal kepala you. I cuba nak buat u marah... tapi u x marah2. I dah jam... sbb tu terpaksa berkasar sikit.... sampai sekarang I rasa bersalah ni. As u wish! U nak sangat hadiah ni.
Jelasnya menerusi entri terkininya di laman Instgram, Nubhan turut menyatakan permohonan maaf buat isteri kerana berkelakuan kasar terhadapnya. Kata Nubhan, kejadian tersebut sebenarnya hanyalah prank yang dilakukan khusus bagi memberikan kejutan buat isteri bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Klik untuk gambar besar
Nubhan pada masa sama turut mengucapkan selamat maju jaya buat isteri yang kini terlibat dalam dunia perniagaan: "Good luck for ur business @lantarabeauty I will support you," ucapnya yang mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
Dek kerana video tular tersebut, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah ia betul atau sekadar gimik semata-mata. Malah ada di antara netizen meluahkan rasa geram dan mengecam tindakan Nubhan yang bertindak demikian ke atas isterinya itu. Ada juga netizen memberi kata-kata semangat agar Nubhan dan isteri tabah menghadapi situasi tersebut.
ATAU KLIK LINK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram / Youtube Nubhan
________________________

No comments:
Post a Comment