17 July 2020

ZARINA BAKAL BERKAHWIN TIDAK LAMA LAGI - PERSIAPAN BARU 20 PERATUS



"Ye betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi, confirm. Saya tak tunang pun terus kahwin je nanti," demikian kata pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah.



Sejak beberapa hari lalu, Zarina dilihat telah memberi bayangan buat pengikut Instagramnya yang dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Menerusi beberapa posting di Instagram, Zarina telah memuat naik gambar persiapan awal termasuk memilih baju kahwin. Zarina ketika dihubungi telah mengesahkan perkara tersebut. Menurut Zarina lagi, baju kahwinnya juga telah ditempah.

Klik untuk gambar besar

"Setakat ini persiapan masih awal. Sekarang baru 20 peratus je. InsyaAllah saya akan maklumkan nanti tarikhnya. Doakan segala persiapan kami dipermudahkan," jelasnya.

Zarina sebelum ini pernah mendedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus kahwin. Bagaimanapun, menurut Zarina, hasrat kedua-dua mereka itu terpaksa ditangguhkan gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan baru-baru ini.

Untuk makluman, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: