17 July 2020

SAHARUL BELI RUMAH BARU: "TAK PERLU NAIK LIF... ALLAH MAKBULKAN DOA SAYA"



Menerusi satu entri yang dimuat naik laman Instagram, pelakon Saharul Ridzwan telah berkongsi berita gembira apabila impiannya untuk memiliki sebuah kediaman yang lebih selesa dan menyenangkan untuk keluarganya tercapai.



Menurut Saharul, 31, dia bersukur apabila doanya selama ini untuk memiliki sebuah rumah yang mempunyai kemudahan parkir yang lebih efisyen dimakbulkan Allah: "Rasanya dua tahun lepas, saya pernah post di Instagram, saya doa, saya nak duduk rumah yang senangkan kami sekeluarga.

"Tak perlu naik lif sebab setiap kali nak angkat barang macam payah. Lagi-lagi bila beli barang dapur. Jadi, tahun ini Allah makbulkan doa saya, rumah saya sendiri ni parkir betul-betul depan pintu, sama level dengan rumah. Jalan beberapa langkah sahaja sampai dah rumah," kongsinya.

Klik untuk gambar besar

Dalam posting tersebut, Saharul turut memuat naik sebuah video yang memaparkan rumah baharunya yang sedang menjalani proses ubah suai dalaman. Katanya, dia berharap jika diberi keizinan rezeki pada masa akan datang dia mahu memiliki rumah atas tanah pula.

"Walaupun belum lagi dapat beli rumah landed, tapi Allah makbulkan doa saya. Saya yakin inilah yang terbaik untuk saya pada waktu ini. Alhamdulillah. Insya-Allah, bila sampai masa, kita pindah rumah landed pulak ya sayang @deenaemir. Kuasa doa, usaha, sabar dan tawakal," katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, isterinya, Deena Emir turut mengucapkan terima kasih buat suaminya itu yang sentiasa menyediakan yang terbaik buat keluarganya: "Saspens betul ingatkan nampak interior dia. @saharulridzwan terima kasih sayang, Amin," tulisnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharaul Ridzwan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: