01 July 2020

ZED ZAIDI DILANTIK AJK HAL EHWAL WARGA INDUSTRI, KEBAJIKAN & DATA INDUSTRI FINAS: "TAK ADA KECAM, TAK NAMPAKLAH PERJUANGAN KITA TU"


Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil menerusi laman Instagram telah memuatnaik satu entri dimana dia dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Hal Ehwal warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).





Pelantikan tersebut dibuat hasil kata sepakat dalam Mesyuarat Khas Ahli Perbadanan pada 18 Jun 2020. Zed turut berkongsi mengenai berita tersebut di laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG)nya pada petang Selasa.

Menerusi perkongsian tersebut Zed turut mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan FINASL: "Alhamdulillah saya akan menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Terima Kasih KEMENTERIAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA & FINAS," tulisnya.

Sementara itu Zed ketika dihubungi Gempak berkata, beliau akan terus memperjuangkan hak kebajikan anak seni seperti yang dilakukan Seniman sebelum ini: "Saya akan teruskan perjuangan membantu anak-anak seni tetapi selepas dilantik sebagai AJK di FINAS ini sudah tentu tanggungjawab menjadi lebih besar. Selain kebajikan warga seni sahaja tetapi juga memberi fokus kepada benda-benda lain secara menyeluruh.

Klik untuk gambar besar


"Malah kita (FINAS) juga berusaha untuk mengumpul dan mengemaskini data penggiat seni supaya ia boleh diguna pakai dan diktiraf oleh agensi kerajaan atau mana-mana badan bertanggungjawab. Misi saya adalah untuk melakukan kebajikan secara inklusif terhadap industri seni kreatif di Malaysia ini," katanya positif.

Ditanya sekiranya ada pihak mempertikai jawatan yang disandang dalam FINAS itu, Zed berkata dia tidak pernah mempedulikan cakap-cakap orang terutama yang negatif sejak dulu lagi: "Sebenarnya saya tak kisah pun warganet atau netizen nak hentam saya, nak suka saya atau tidak kerana bagi saya benda tu lumrah.

"Bagi saya, kalau tak ada orang yang mengecam maknanya tak nampaklah perjuangan kita tu. Sekurang-kurangnya perjuangan kita (Seniman) selama ini diiktiraf oleh FINAS dan Kementerian, jadi saya amat bangga dengan pencapaian yang telah kita buat sebelum ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri KKMM, CEO FINAS dan Majlis Tertinggi FINAS kerana ambil tahu tentang kerja-kerja yang kita lakukan sebelum ini dan pengiktirafan ini sebenarnya akan menjadi contoh kepada yang lain untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zaed Zaidi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: