18 August 2020

AISHAH 'BACK UP' AJAI: "ITU BIASALAH... JURI ADA CITA RASA MEREKA TERSENDIRI"



"Itu biasalah bila masuk pertandingan yang ada juri profesional. Sebagai seorang yang dah boleh dikatakan banyak kali menyertai pertandingan menyanyi ni, salah satu daripada perkara yang saya akan dapatkan maklumat dulu ialah 'siapa juri?'.

"Dari barisan juri itu, sedikit sebanyak saya sudah boleh agak dah arah mana penghakiman itu akan pergi. Juri ini manusia, manusia dipengaruhi emosi, latar belakang yang berlainan dan paling penting juri ada cita rasa mereka sendiri," demikian kata penyanyi Aishah menerusi laman Instagram miliknya.

Aishah berpendapat bahawa markah penjurian yang disifatkan sebagai tidak masuk akal yang diberikan kepada peserta sewaktu menyertai pertandingan menyanyi adalah sesuatu yang normal. Ini kerana, menurut Aishah, setiap juri mempunyai cita rasa dan cara penilaian mereka tersendiri.

Menurut Aishah, dia terpanggil untuk bercakap hal tersebut selepas newsfeed media sosialnya dipenuhi dengan isu kemarahan netizen terhadap tindakan juri memberikan markah rendah. Katanya, sebab itu jugalah penting untuk seseorang mengetahui latar belakang juri sebelum menyertai satu-satu pertandingan seperti yang lazim dilakukannya.

Klik untuk gambar besar

Bahkan, menurut Aishah lagi, dia juga pernah berdepan situasi sama ketika menyertai satu pertandingan nyanyian pada 1991 di peringkat ASEAN: "Lagu 'Janji Manismu' diadili oleh lima orang juri. Markah penuh ialah 5. Tiga orang juri beri saya markah penuh 5/5, seorang beri 3/5 dan juri terakhir beri 1/5.

"1/5 bersamaan 20% sahaja, mungkin lebih baik sedikit daripada 2% peratus, tetapi ia sesuatu yang mengejutkan dalam sistem penjurian. Betapa jauh dan berbezanya penilaian setiap juri. Tapi itu hanya pandangan seorang juri sahaja dan dia berhak dengan pandangannya," katanya.

Menurut Aishah lagi, seseorang yang menyertai pertandingan menyanyi perlu menguasai kemahiran tertentu selain memastikan persembahan yang baik: "Nak masuk pertandingan ni memerlukan satu set kemahiran yang berlainan daripada persembahan biasa sebab itu ada masa kita lihat penyanyi yang bagus bila masuk pertandingan tak berapa menyerlah. Bukan kerana mereka tak boleh menyanyi tetapi mereka tak perhalusi kemahiran bertanding," jelasnya.

Terdahulu, juri program realiti Big Stage 2020, Ajai menerima kecaman daripada netizen selepas memberikan markah dua peratus kepada penyanyi Hafiz Zainal kerana nyanyian sumbang.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: