18 August 2020

LAYANAN BURUK, CADAR TAK CUCI, PETI AIS ADA LIPAS - RESORT ALIFF SYURKI DIKRITIK



Untuk pengetahuan anda, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai resortnya sendiri yang diberi nama Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik. Bagaimanapun, baru-baru ini ada cerita tak sedap di dengar mengenai resortnya itu.

Seorang atlet 'freerunner' profesional, Abudi Alsagoff tampil mendakwa percutiannya bersama keluarga di resort tersebut tidaklah seindah seperti dipaparkan. Malah, layanan yang diberikan oleh pekerja Aliff kurang memuaskan tidak setimpal dengan bayaran dikenakan.

Mendedahkan perkara itu di Twitter, Facebook dan juga Instagram, lelaki itu berkata kediaman yang didiaminya penuh dengan sampah sarap, kotor dan membahayakan. Lebih mengejutkan, mereka turut menemui lipas di dalam peti ais. Ujarnya lagi, sebaik sahaja sampai dan masuk ke bilik, mereka menemui tuala basah di atas lantai. Malah, keadaan cadar katil kotor dan mempunyai kesan darah.

"Tempat ni besar dan cantik. Tapi tu la kesian maintenance dan customer service perlu diperbaiki. Mungkin Datuk kena pantau lagi pekerja-pekera di resort. Kesian invest puluh-puluh juta, service dan tempat disampahkan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Jelasnya, terdapat beberapa masalah berlaku ketika di menginap di sana: Dekat lobi, air disediakan habis tapi masalahnya bocor sampai habis lantai. Kalau ada yg jatuh terhentak kepala (nauzubillah) hospital terdekat HKL? Bahaya bang.

"Selain itu staff ambil deposit sebab katanya kami kotorkan balik dengan lumpur. Masalahnya kawasan luar lecak sebab hujan dan diorang tengah buat kerja naik taraf. Tak ada pili air atau tempat cuci kaki sebelum naik rumah batak ni," ujarnya.

Selain meluahkan lagi beberapa perkara seperti aspek kebersihan, individu ini turut berkongsi kisah peti ais yang dihuni lipas: "Satu lagi bilik garuda ada lipas dalam peti ais, memang kotor. Rasanya perkerja kat sini kena hantar untuk training hospitality. Ada yang few saja baik layanan, tapi ada juga staff ni layanan dia macam gangster weh. Kepada Datuk, maaf kami rela pilih tempat lain melainkan awak perbaiki masalah resort ini," tuturnya.


Bagaimanapun, selepas kisah itu ditularkan oleh individu terbabit, kes itu khabarnya mendapat perhatian Aliff sehingga beliau dikatakan bertindak menyeru Abudi untuk memadam posting yang dimuat naik olehnya. Instafamous itu akui terkilan dengan servis serta layanan yang diberikan serta kecewa dengan tindakan jutawan tersebut.

Malah, Aliff dilihat turut mengugut lelaki tersebut untuk memadam posting berkenaan kerana dia ada menyimpan beberapa bukti serta rakaman CCTV yang mempamerkan sikap individu berkenaan sepanjang menginap di sana: "Sekarang saya juga ada bukti kelakuan awak. Jangan sampai awak malu, saya ada record CCTV," katanya.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki itu turut meminta Aliff Syukri supaya memantau para pekerjanya kerana banyak wang dilaburkan tetapi tempat tersebut tidak dijaga. Malah, dia juga tidak mengesyorkan tempat peranginan itu kepada orang ramai kerana ianya tidak berbaloi.













www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Instagram Aliff Syukri & @abudialsagoff


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: