15 August 2020

AL-FATIHAH - YUSOF KELANA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga pengarah filem Tragedi Oktober, Yusof Kelana, 66, atas kehilangannya yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Melawati, kira-kira jam 9.30 pagi. Yusof sebelum ini disahkan menghidap kanser kulit tahap empat. Berita pemergiannya disahkan oleh Presiden Persatuan Penerbit Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli ketika dihubungi.

"Saya dimaklumkan arwah meninggal di sisi isteri dan anak bongsunya. Arwah nazak dan tak sedarkan diri, pagi tadi. Kemudiannya, saya dimaklumkan arwah sudah tiada.Jenazah arwah akan dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Klang Gate," kata Jurey.

Sebelum ini, Yusof yang juga antara pengasas PTVM disahkan menghidap kanser pada Julai lalu pada mulanya menyangka luka pada tapak kakinya hanya kecederaan biasa. Selepas mengalami sakit dada dan terjatuh di rumah, barulah pengarah filem Bahaya Cinta dan Bidong: The Boat People itu dibawa ke hospital biarpun berulang kali diajak anaknya.

Disebabkan tidak mempunyai sejarah penyakit kencing manis, pihak hospital bertindak melakukan ujian Computed Tomography atau CT Scan dan menemui sel kanser yang sudah berada pada tahap empat. Sepatutnya, beliau menjalani lima pusingan kimoterapi.

Minggu lalu, keadaan arwah dilaporkan tenat ketika mendapat rawatan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya. Ini berikutan sel kanser sudah merebak ke otak hingga menjejaskan ingatan pengarah itu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, isteri, dua anak dan dua cucu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: