10 August 2020

"ALHAMDULILLAH" - FIKRY IBRAHIM LUPA DARATAN?



"Alhamdulillah," demikianlah jawapan pelakon Fikry Ibrahim terhadap kritikan penerbit dan pengarah, Michael Ang di laman Instagram yang melahirkan rasa tak puas hati berhubung masalah peribadi antara mereka.

Jawapan ringkas itu susulan tindakan Michael menempelak Fikry selepas pelakon itu dalam rancangan Melodi pada Ahad mendedahkan Michael membuat tuduhan termasuklah mendakwa Fikry menolak tawaran berlakon daripadanya tetapi menerima tawaran orang lain.

Respon itu ternyata mengundang perhatian wargamaya sehingga ada yang mendakwa Fikry lupa daratan sedangkan Michael adalah orang pertama yang memberi peluang untuk berlakon: "Lupa daratan Fikry Ibrahim, kau popular kerana Michael Ang orang pertama ambil kau berlakon dalam drama dia, start dari itu orang kenal kau.

"Sedar diri sikit sekarang dah berlakon semakin 'daring' berlakon sentuh-sentuh, dukung-dukung perempuan, dulu masa belum popular cakap tak nak berlakon sentuh-sentuh perempuan sebab haram bukan mahram, sekarang dah jadi hahal ke?" tegur netizen dakam komen di IG Michael Ang.

Untuk rekod, Fikry, 26, mula terlibat dalam bidang seni dengan menyertai rancangan Lawak Solo pada 2016 dan kemudian pertama kali berlakon selepas diberi peluang oleh Michael Ang menerusi drama rantaian 'Hero Seorang Cinderella' yang turut dibintangi Fattah Amin dan Fazura.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu Michael turut menjawab "Amin" membalas jawapan Fikry itu tanpa kenyataan tambahan. Selain itu ada juga peminat yang meminta mereka berbincang dengan cara baik berbanding mengambil pendekatan berbalah: "Benda boleh bawa bincang, kenapa nak canang satu Malaysia," kata netizen.

Sementara itu video pendedahan Michael sehingga Isnin mendapat lebih 154,000, tontonan dengan lebih 392 komen. Dalam video berdurasi 4 minit 13 saat itu Michael mempersoalkan sejak bila dia memburukan Fikry sebagai mana didakwa.

Michael turut mengaku kesilapannya mungkin tidak berbincang soal bayaran ketika membuat tawaran kepada Fikry tetapi kebiasaan bagi Michael, apabila seseorang pelakon itu masuk ke set penggambaran baharulah mereka berurusan mengenainya.

"Mungkin salah saya tak persetujui harga, tapi itu memang kebiasaan. Tanyalah artis-artis yang pernah bekerja dengan saya dan awak pun pernahkan? Jadi tanyalah pengurus awak yang duhulu. Kadang-kadang, bila dah masuk set baru kita persetujui harga. Saya memang begitu, tapi tak pernah ada masalah pembayaran. Saya rasa, tak pernah pun ada artis cakap saya bayar mereka kurang," tuturnya.


Menjawab soalan Fikry yang berkemungkinan enggan lagi bekerjasama dengan Michael, pengarah itu berkata, dia tidak kisah dengan keputusan Fikry itu: "Aku produser, aku tak ksiah... aku yang keluar duit aku nak buat apa, aku nak pakai siapa, orang tak nak kerja dengan aku, aku tak kisah...

"Banyak lagi pelakon kat Malaysia ni yang bagus ke, tak bagus ke yang aku boleh pakai. Kalau takde rezeki, takde jodoh okay je yang you nak besar-besarkan kenapa Fikry Ibrahim?" kata Michael yang juga seorang pelakon.

Dalam pada itu antara kenyataan yang boleh membuat seseorang itu tersentak apabila Michael mengungkit kisah Fikry yang tidak berprinsip: "Banyak orang yang mula-mula dulu masuk dalam industri tak boleh pegang la, tutup rambut orang, padam rambut orang tapi sekarang aku tengok dah boleh pegang, dah boleh peluk..

"Apoooo! Berprinsip la... dalam hidup ini kena ada prinsip ya...," kata Michael mengimbas langkah Fikry yang pernah mengedit rambut pelakon tidak bertudung ketika berkongsi di Instagramnya suatu ketika dahulu," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar, Instagram Michael Ang & Fikry Ibrahim


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: