09 August 2020

ALIFF AZIZ MENGAKU BERSALAH - AARON AZIZ KECEWA, TEGUR NETIZEN PERSENDAKAN



"Saya nak nasihat sikit... saya nampak di Facebook banyak orang kongsi tentang hukuman seorang artis yang masuk mahkamah dan mungkin akan dijatuhkan hukuman bulan September ni. Semua orang ketawakan. Kalau benda tu dalam Facebook, biarkan saja. Kalau orang lain dapat tahu, biar mereka tahu sendiri.

"Jangan nak mempersendakan orang yang dah bertaubat... yang dah kena hukuman dunia. Ia tak kelakar. Semua orang buat salah... itu saja saya nak cakap," ujar pelakon Datuk Aaron Aziz yang kecewa dengan sikap netizen yang sering menyebarkan aib seseorang di laman sosial, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai agar tidak mempersendakan masa silam seseorang.

Aaron, 44, membuat teguran itu selepas melihat pelbagai posting di laman Facebook yang melemparkan kata-kata buruk terhadap seorang selebriti yang berhadapan proses mahkamah. Teguran tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu itu dipercayai berkaitan kepada proses mahkamah yang dilalui penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz.

Ia susulan pada Jumaat lalu Aliff mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua tuduhan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Manakala, satu lagi pertuduhan diambil dalam pertimbangan.

Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan, tuduhan pertama adalah bagi mencuri wang sebanyak S$300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia. Pertuduhan kedua adalah bagi kelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Hakim Victor Yeo menetapkan, bagi pertuduhan kedua ini, Aliff boleh dikenakan denda tidak melebihi S$2,000 (RM6,101) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Pertuduhan ketiga yang diambil dalam pertimbangan adalah mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api. Aliff akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 14 September depan bagi keputusan kes.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: