20 August 2020

BILA HAWA RIZWANA KENA TEGUR GARA-GARA GAMBAR BERBASIKAL



Gara-gara pakaian yang didakwa menjolok mata, penyampai berita TV Hawa Rizwana 'ditegur' netizen apabila memuatnaik gambar berbasikal di IGnya.

Kata segelintir netizen itu, pakaian Hawa dianggap tidak sopan sebagai seorang wanita Islam.

"Semoga berpakian lebih sopan lepas ni untuk membuat aktiviti. Tak suruh pakai jubah naik basikal, tapi pakailah pakaian yang longgar. Pendapat saya, ia lebih selesa dan tak mudah koyak kalau ketat sangat." tegur salah seorang daripada netizen bernama Yinyaya.

"Hurm... Exercise dah bagus... tapi pemakaian tu... adehla. Semoga kita sentiasa letak peratuan Allah dalam semua perkara. Ingatan untuk diri sendiri jugak," tegur yang lain bernama cenderawasih85.

Bagaimanapun, setakat ini Hawa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pun membalas komen-komen panas netizen itu. - Hotfm

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: