Selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang, pelawak Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49, telah dikejarkan ke Hospital Ampang, Selangor kira-kira pukul 5.50 petang Jumaat dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi mStar pada Sabtu turut mengesahkan perkara itu. Zed berkata, Kumin kini masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil: "Ya, Kumin masih berada di hospital dan sedang dirawat, Alhamdulillah dia berada dalam keadaan stabil. Saya baru sahaja bercakap dengan dia di telefon dan bertanya khabar dia," kata Zed.
Selain berlakon, Kumin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 dan kini fokus kepada kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi. KU2 turut dianggotai Allahyarham pelawak Bob Kuman atau nama sebenar Husni Mohd Rawi. Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment