30 August 2020

HAMIL 7 BULAN - NIENA BAHARUN BERHARAP JANTINA ANAK KEDUA PEREMPUAN



Selepas mendapat cahaya mata sulung lelaki, Adiel Mikael yang kini berusia setahun 9 bulan, pelakon Datin Niena Baharun yang kini hamil tujuh bulan zuriat kedua itu berharap dikurniakan anak perempuan.

Niena yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan itu berkata, dia tidak membuat persiapan yang banyak untuk menyambut kelahiran kedua itu memandangkan kelengkapan anak pertama masih ada dan baik.

"Persiapan untuk sambut kelahiran anak kedua sudah dilakukan, cuma belum sepenuhnya lagi memandangkan kelengkapan anak sulung pun masih elok. Mengenai jantina anak pula, biarlah apabila semuanya selamat baru kami akan umumkan.

Klik untuk gambar besar

"Saya dan suami tidak kisah soal jantina anak, asal saja bayi yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna. Cuma, kalau ikutkan teringin nak anak perempuan, barulah lengkap sepasang," katanya.

Niena yang mencuri perhatian menerusi drama 'Jangan Benci Cintaku' itu berkata, dia memilih proses bersalin secara pembedahan: "Untuk kali ini saya memilih pembedahan juga sama macam anak pertama. Insya-Allah, saya akan bersalin di Kuala Lumpur saja," katanya.

Ditanya mengenai reaksi anak pertama apabila mendapat tahu bakal mempunyai adik, Niena berkata Adiel semakin manja: "Saya boleh nampak dia semakin manja, malah, setiap pagi bangun saja dari tidur dia akan cium perut saya," ujarnya.


Dalam soal kerjaya pula, Niena mengakui masih mendapat tawaran lakonan, namun terpaksa menolak atas beberapa kekangan:"Selepas bersalin, saya memang tidak berlakon. Tawaran sentiasa ada, malah kalau ikutkan awal tahun ini saya merancang kembali aktif, bagaimanapun tiba-tiba dapat tahu hamil anak kedua pula.

"Jadi, niat itu terpaksa ditangguhkan terlebih dulu. Saya tidak mahu dalam keadaan sekarang akan menyusahkan pihak lain pula. Lagipun, saya pernah terima tawaran yang memerlukan berada di luar kawasan, jadi saya tidak berani nak berikan komitmen penuh," jelasnya.

Menurut Niena, suaminya, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim tidak pernah menghalangnya untuk terus berlakon: "Biarpun suami tidak menghalang saya berlakon, saya pula yang tidak sampai hati untuk tinggalkan anak di rumah lama-lama.

"Malah jadual kerja juga tidak menentu membuatkan saya tunggu masa sesuai untuk kembali ke set penggambaran semula. Tak la sampai tinggalkan terus lakonan kerana itu minat saya," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Niena Baharun

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: