14 August 2020

HAPPY BIRTHDAY KE-2 AINUL MARDHIAH



"Isnin, 13 Aug 2018, 3.25pm @ Hospital Besar Melaka. Alhamdulillah, banyak pengajaran, pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami, Ainul Mardhiah. Daripada tidak dikenali, sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang prihatin dan penuh kasih sayang terhadapnya.

"Alhamdulillah, kami tidak sangka dengan apa yang telah Ainul lalui pada usianya setahun yang lalu. Ternyata, puteri kami ini sangat kuat, cekal dan tabah orangnya. Mungkin lebih kuat dari kami dan juga orang yang berada disekelilingnya pada ketika itu.

"Hari ini, boleh dikatakan Ainul telah berjaya suvive dari ketumbuhan yang pernah menyinggah sebentar dalam kehidupnya. Hari ini, Ainul membesar seperti seorang juara! Ainul bertambah aktif dan kelihatan sangat ceria. Ainul boleh bermain, boleh ketawa, boleh menangis dan Ainul dah reti menyakat orang disekeliling.

"Ainul menjadi penghibur duka lara kami dengan keletahnya. Terima kasih Allah swt. Terima kasih semua. Doakan Ainul membesar dengan sihat, doakan Ainul diberikan kesembuhan secara total, Doakan Ainul dapat membesar dengan baik, dan doakan juga supaya Ainul menjadi seseorang yang akan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain di masa akan datang. Amin.

Klik untuk gambar besar



"Happy Birthday Ainul Mardhiah. Semoga Allah berkati kamu, Anak," demikianlah tulis Ahmad Saifuddin yang menitip ucapan istimewa untuk anaknya yang tersayang, Ainul Mardhiah sempena ulang tahun kelahiran ke-2 semalam.

Saifuddin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Saifuddin turut memberitahu perkembahan positif Ainul yang semakin baik.

Ainul mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia tentang perjalanannya mengharungi ketumbuhan di dalam mulutnya. Terdahulu, Ainul selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di sebuah hospital di London. Sejumlah 200 gram ketumbuhan berjaya dikeluarkan daripada mulutnya oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.


 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ahmad Saifuddin


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: