12 August 2020

MAKAN JAMU SEJAK USIA 15 TAHUN - ITU RAHSIA SYATILLA MELVIN PIKAT SUAMI



"Saya mengamalkan pengambilan jamu sejak berusia 15 tahun lagi.

"Diakui saya suka memakan jamu kerana apabila mengamalkan, saya rasa bertenaga, malah saya dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.

"Selain itu, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri, jadi apabila saya mencuba jamu ini ia sangat membantu hubungan saya dan suami," kata Syatilla Melvin, 29.

Mengenai suaminya yang juga pelakon Shaheizy Sam, katanya dia yakin suaminya tidak akan mempersiakan kepercayaan yang diberikan sejak berkahwin empat tahun lalu.

Dia juga tidak takut suaminya digoda wanita lain kerana mengetahui pelakon itu tahu menjaga batasan.

"Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian tetapi sebagai wanita saya tetap berfikir.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan yang stabil.

"Saya tidak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana kita sedia tahu jangka masa seorang pelakon itu tidak lama. Jadi saya perlu ada simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Tila dan Sam yang berkahwin pada 8 Februari 2016 dan kini mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3; dan Sarima Samheizy, 2.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: