08 August 2020

PAKAI 'TURTLE NECK' DI LANGKAWI DIPANGGIL BODOH - INI BALAS PADU EINA AZMAN



Pelakon Datin Paduka Eina Azman menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi sekitar percutiannya di Langkawi dimana dia bersantai di atas kapal layar. Bagaimanapun, foto Eina memakai 'turtle neck' itu telah menarik perhatian seorang netizen yang melabel pakaian Eina sebagai bodoh.


Menurut netizen tersebut, pakaian 'turtle neck' tersebut tidak sesuai dipakai kerana cuaca panas terik. "Stupid outfit. Datin tak sesuai panas terik macam tu pakai turtle neck," tulis netizen terbabit di ruangan komen.

Tidak berdiam diri, Eina membalas komen tersebut dengan memberikan alasan yang kukuh tentang pemakaiannya ketika bercuti: "Ia tidak bodoh, turtle neck yang saya pakai nipis dan saya taknak hitam macam hati awak tu. Langkawi tu panas sebab tu saya pakai macam tu. Nasib baik saya pakai turtle neck, kalau pakai bikini? Awaklah antara orang yang akan kecam kan," balas Eina.


Penampilan Eina yang mengenakan skirt berwarna putih itu turut mengundang pelbagai pujian pengikutnya: "Cantiknya! Sama padan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah," komen seorang wargamaya.

"Cantik foto datin! Tempatnya pun cantik," kata seorang wargamaya. - "Pandai datin jaga dato, nampak dari perutnya. Pandai dato jaga datin, nampak dari badannya jugak," puji seorang wargamaya. - "Suka la tengok pakaian datin ni," ujar seorang wargamaya lagi.

Untuk makluman, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareed dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016. 

Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Eina Azman


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: