03 August 2020

PEMAIN BASS KUMPULAN MASSA KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Arwah sudah lama sakit. Saya diberitahu arwah dikejarkan ke hospital kerana mengadu tidak tahan dengan sakit perut yang memulas, pagi tadi.

"Adik arwah, Toyee yang juga anggota Masa memberitahu doktor tidak dapat meneruskan pembedahan kerana tekanan darah dan jantungnya terlalu lemah.

"Jika diteruskan risikonya terlalu tinggi," kata vokalis Massa, Zack, yang mengesahkan pemain bass kumpulan era 1980-an, Massa, Madi, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, jam 6.15 petang semalam.



Untuk info, Allahyarham Madi ketika zaman kegemilangannya popular dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam' pada era 80-han. Apa yang menyedihkan, arwah tidak sempat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-56, hari ini.

Sebelum ini, bekas vokalis Massa, Zul dan pemain gitar utama, Lan, juga telah meninggal dunia.

"Allah lebih menyayanginya. Kami redha pemergiannya.

Klik untuk gambar  besar

"Arwah pernah berkahwin, tetapi bercerai dan tidak dikurniakan anak. Arwah tinggal di rumah bujang bersama adiknya di Taman Sepakat, Kuantan.

"Dia jugalah pencipta lagu Persandingan Abadi dendangan kumpulan Massa," ujar Zack lagi dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Madi telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Rangin, Kuantan, malam semalam.


www.myartis.com / Sumber: BH


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: