07 August 2020

PENERBIT 'ADA APA DENGAN DOSA': "SAMPAI HABIS NYAWA SAYA AKAN CARI PENCURI TU!"



"Kenapa baru sekarang kamu nak blacklist orang yang menyewa kedai kamu? Semua orang nak buka kedai mesti ada polisi, kenapa apabila benda ini jadi... baru nampak perkara ini salah.


"Sampai habis nyawa saya akan cari pencuri tu!" kata penerbit filem 'Ada Apa Dengan Dosa', Datuk Ayu Puteh yang ingin meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap sebuah laman e-dagang kerana gagal mengawal proses jual beli di platform mereka.

Ayu atau nama sebenar Normashayu Puteh, 42, berkata, walaupun pihak e-dagang tersebut memadam pautan serta mengambil beberapa tindakan segera bagi menghalang aktiviti penjualan filem cetak rompak, namun ia tidak memadai kerana dia sudah mengalami kerugian.

Selain itu tambah Ayu, selain laman e-dagang, dia akan terus menjejaki beberapa platform lain yang turut menciplak dan menyiarkan karya terbitannya untuk diheret ke muka pengadilan.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: