28 August 2020

"RAMAI CAKAP BABY AISHA AMAIRA MUKA AYAH" - FASHA SANDHA



"Ramai cakap baby Aisha Amaira Muka Ayah, Alhamdulillah mata dengan bibir ikut ibu 😁😇❤️ Yang penting baby Aisha sihat 💖 #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha," tulis pelakon Fasha Sandha mengenai anaknya, Aisha Amaira.

Sebelum itu, ramai juga yang memuji kecantikan anak Fasha dan pelakon Aidil Aziz seperti wajah ibunya, Fasha ketika kali pertama Fasha berkongsi wajah anaknya kepada umum. Namun dalam entri terbaru di Instagram miliknya, Fasha berkongsi cerita bahawa ramai yang mengatakan wajah Aisha seperti wajah suaminya, Aidil.

Bukan itu sahaja, pengikut Fasha juga turut meningkat ke 5 juta orang pada hari Aisha dilahirkan. Apatah lagi Fasha memaklumkan dia tidak akan membuat akaun Instagram untuk anak-anaknya, dan semua gambar akan dikongsi di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini, Fasha dan Aidil dikurniakan dengan seorang puteri yang cukup comel dan tidak jemu mata memandang. Untuk makluman, Aisha Amaira merupakan anak pertama Fasha dan Aidil selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Pelakon jelita itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: