28 August 2020

RAMAI PERTIKAI POLIS PAKAI SELIPAR - RISTEENA MINTA MAAF SEBAB TIMBUL SALAH FAHAM



Selepas fotonya bersama dua orang anggota polis menjadi topik bualan orang ramai, pelakon Risteena Munim, 31, tampil memberi penjelasan dengan memberitahu anggota tersebut tidak memakai selipar ketika bertugas seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.

"Beberapa hari yang lepas saya ada muat naik gambar bersama dua orang anggota polis. Benda tu dah jadi viral disebabkan ada salah faham kat situ. Ramai yang mempertikaikan kenapa dua anggota polis memakai selipar ketika bertugas. Sebenarnya tak. Masa tu saya tengah penggambaran drama.

"Kebetulan dua anggota polis tu tengah buat rondaan dekat tempat penggambaran. Kebetulan juga, pihak produksi memerlukan khidmat polis jadi mereka memanggil untuk masuk ke dalam rumah supaya dapat bertanya macam mana prosedur," jelasnya menerusi Instagram Stories.

Klik untuk gambar besar


Tambah pelakon drama 'Playboy Itu Suami Aku' itu, dia yang meminta untuk bergambar bersama di luar rumah dengan tangannya digari: "Selepas habis mereka berbincang, saya minta bergambar dengan memakai gari untuk simpanan saya. Benda tu takda apa-apa pun. Masa nak bergambar tu, mereka sarung ja mana-mana selipar yang ada di luar rumah," katanya.

Dalam pada itu, tunang kepada aktor Isa Khan turut memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah menimbulkan salah faham: "Di kesempatan ini saya nak minta maaf kepada semua pihak terutamanya kepada pihak PDRM dan dua orang anggota itu sekiranya berlaku salah faham. Harap benda ini sudah jelas dan tak ada apa-apa isu," tuturnya di akhir video.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: