28 August 2020

"UDAH UDAH LA MENDENGKI TUUUU..." NUBHAN KECEWA DITUDUH DITANGGUNG ISTERI GARA-GARA KAHWINI DOKTOR



"Saya tak faham! Kenapa sampai sekarang masih orang tak boleh terima saya kawin dengan doctor 😓 mungkin saya terlalu diam dan tak terlalu menunjuk life saya. Mmg dah diajar dari kecik supaya hidup besederhana & tak bermegah2....

"Tapi bahaya jugak... tetap difitnah yang bukan2... dah la sebelum kahwin saya tak diterima oleh mertua kerana "artis", bila dah kahwin, netizen pulakkk tak terima... AKU DAH ANAK 2 LA WEYYY!!!! Udah udah la mendengki tuuuu... carilah kebahgiaan korg sendiri pulakkk... org lain dah happy dah... ko pesal tak happy happy? 😅.

"Korang nak saya jadi macam mana? Asalnya nak terangkan mengenai set anniversary kami dari @lantarabeauty.... alih2 jadi sesi luahan pulak 😅 mana taknya, saya ni manusia juga. Doctor ke lawyer ke tukang sapu ke, kita ni tetap sama...yg x sama adab dan iman kita je," demikianlah tulis penyanyi Nubhan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

Nubhan menzahirkan rasa sedih dan kecewa kerana sehingga kini, masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab tampil mempertikaikan dirinya tidak layak berkahwin dengan isteri, Dr. Afifah Tawfek yang bekerja sebagai doktor.

Klik untuk gambar besar


Menurut Nubhan, beliau yang terkenal dengan sikap rendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk menyebabkan beliau tidak henti-henti difitnah hidupnya ditanggung isteri.

Kata Nubhan, perkahwinan mereka pada mulanya juga tidak direstui keluarga mertua kerana pekerjaannya sebagai seorang artis.Gara-Gara Kahwini Doktor, Nubhan Dituduh Ditanggung Isteri

Untuk makluman, Nubhan dan Afifah selamat bergelar pasangan suami isteri pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Nubhan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: