01 August 2020

REZEKI AIDILADHA - ALINA HASSAN DAPAT SEDEKAH MAKANAN



"Rezeki Allah nak bagi itu luas. Macam-maca cara dia datang. Hari ini tengah menung dalam bilik seorang diri, tiba-tiba Dia (Allah) hantar bidadari cantik datang dengan hidangan paling sedap di pagi raya ini.

"Syukur Alhamdulillah atas nikmat mu ya Allah. Terima kasih, Mim yang cantik manis. Moga terus sukses ya sayang," kongsi Alina Hassan, penyanyi yang sebelum ini terpaksa mengambil upah menghantar barang keperluan gara-gara kesempitan hidup.

Bukan hanya bekas anggota kumpulan dangdut Eva iaitu Mim sudi menghantar makanan kepadanya, malah rakannya AJ Azril turut membantu memberi makanan.



"Moga Allah limpahi lu sekeluarga dengan rezeki yang tak putus2. Aamiin," doanya untuk Mim dan AJ Azril.

Untuk info, Alina, 52, Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018, hanya menyambut Aidiladha sendirian di bilik kecil di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur.

Alina yang mempunyai empat anak (seorang meninggal dunia) dan memilki anak autisme, akan pulang bertemu buah hati kesayangannya di Terengganu, hari ini. Dia dijangka bersama-sama anaknya selama seminggu.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: