01 August 2020

PENGAKUAN JUJUR - WANI KAYRIE MINAT LELAKI HITAM MANIS



"Selalu orang simpan teddy bear ni SINGLE. Betul ke? Hahahah Meet my teddy, Mr.TED," tulis penyanyi dan pelakon Wani Kayrie, 20.

Dan tanpa berselindung, dia mengakui meminati lelaki berkulit hitam manis. Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah berkata, dia lebih selesa bersikap terbuka dengan berterus-terang pada setiap soalan ditanyakan.

"Memang pilihan saya, lelaki hitam manis. Namun, soal jodoh sebenar hanya Allah SWT yang tahu. Apapun, tak salah untuk saya berterus-terang.



"Saya pun, belumlah terfikir nak kahwin lagi kerana kini dalam pengajian ijazah undang-undang di universiti. Kalau ikutkan, saya ada tiga tahun sebelum tamat pengajian," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Sebagai anak sulung, saya kena pastikan dapat tunai impan keluarga terutama ibu tersayang. Ini kerana, ibu nak sangat saya berjaya memiliki ijazah undang-undang itu.

"Lagi pun, demi masa depan saya juga. Setakat ini, saya bersyukur dapat membahagi masa di antara kerjaya seni dan pelajaran dengan baik. Alhamdulillah, kedua-duanya bergerak seiring," tambahnya.

Bagi yang belum tahu, Sebelum ini Wani pernah dikaitkan dengan gosip cinta bersama penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, 23. Mereka berdua didakwa mulai rapat sekitar 2018 lalu.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: