01 August 2020

ISU KES SUAMI - PAVITHRA SALAHKAN MEDIA & KELUARGA PULA



Selepas salahkan anugerah yang diterima (Anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh), terkini Youtuber yang naik mendadak melalui bantuan media dan laman sosial, menyalahkan keluarganya dan pihak media pula di atas apa yang berlaku terhadapnya dan suami.

Dakwanya, isu yang timbul sehingga kejadian sedemikian berlaku adalah masalah keluarganya yang sebelum ini tidak pernah membantunya selama 7 tahun. Mereka katanya menunjuk belang dengan sering meminjam wang daripadanya.

"Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga.



"Sebab tu Sugu pergi ke hospital hari itu. Memang Sugu ada minum haritu tapi Sugu bukan pemabuk," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, dia turut menegaskan bahawa suaminya bukan pemabuk seperti yang didakwa sesetengah pihak. Dia turut berasa hairan dengan sikap segelintir media yang mengeluarkan berita tanpa kenyataan rasmi mereka. Media turut dikatakan menggangu kehidupan peribadi mereka sejak 3 bulan ini.

"Media merumit keadaan dengan menyebarkan berita palsu mengenai saya dan Sugu selepas kejadian haritu.

"Kami pun faham kesalahan ini adalah dari saya dan Sugu. Kami sedar hal itu. Kami harap selepas ini kami akan membuat video seperti biasa. Kami juga minta maaf semua video sudah dipadam dan kami akan memuat naik kembali secepat mungkin," tambahnya.

Klik untuk gambar besar

Kesimpulan melalui penjelasan Pavithra ini, dia menyalahkan keluarganya yang sering meminta wang apabila dia telah berjaya, tetapi tidak pernah membantu mereka bila susah sejak tujuh tahun lalu. Malah dia juga mendakwa media mengganggu dan menuduh suaminya pemabuk namun mengakui "Memang Sugu ada minum haritu" yang jelas di mana suaminya memang minum arak ketika hari kejadian.

Lebih parah, apabila dia memadam kesemua video dan mendakwa mahu kembali kekehidupan asal, namun kemudian bertukar fikiran dan kembali membuat video baru.

Sebagai Youtuber yang popular secara mendadak dan menerima pujian PM dan mendapat pelbagai anugerah, pastilah banyak media dan laman sosial akan membuat cerita tentang mereka. Malah kehidupan peribadi PM sendiripun sering menjadi bahan berita, tetapi PM kita tak pernah melenting menyalahkan media termasuk laman sosial.

Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.


www.myartis.com / Sumber: Youtube


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: