08 August 2020

REZEKI BABY -BELLA BELI MPV UNTUK SELESAKAN ANAK-ANAK



Rezeki anak baru!

Demikianlah yang boleh disimpulkan mengenai Bella Astillah yang akhirnya membeli sebuah MPV buat anak-anaknya demi keselesaan mereka.

"Sejak saya mengandung baby Ara hari itu, saya terfikir lepas ni berempat dah bermakna semakin besar keluarga kecil sata. Saya buat keputusan untuk memiliki sebuah kereta baru untuk keselesaan anak-anak.

"Lagi-lagi saya kalau pergi mana-mana suka bawa keluarga sampaikan bekas kawan baik saya cakap yang saya ini suka angkut keluarga atau satu kampung sana sini," ujarnya sambil berkongsikan gambarnya bersama MPV miliknya jenis Toyota Vellfire berwarna putih.

"Bila dengar (suka angkut keluarga) tu tak rasa marah pun tetapi saya bangga kerana saya masih ambil berat ibu bapa saya dan adik-adik walaupun sudah berumah tangga.

"Memang dari dulu memang macam tu sebab saya ni anak sulung dan sampai bila-bila pun akan kekal macam tu, Insya-Allah.

"Terima kasih suami, mama dan ayah yang selalu doakan saya dan bagi semangat. semangat, 🙏🏻❤️. Alhamdulillah rezeki my babies 🥰," tulisnya penuh semangat.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: