07 August 2020

SELEPAS KRITIKAL AKIBAT COVID-19 - NENEK DALER YUSUF MENINGGAL DUNIA



"Dia lebih daripada seorang ibu kepada saya. Al-Fatihah," tulis pelakon Daler Yusuf menerusi laman Instagram miliknya yang memaklumkan neneknya iaitu Muhammadiyeva Shodi meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan akibat Covid-19, Jumaat.

Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, meluahkan rasa sedih dengan pemergian nenek yang sudah dianggap lebih daripada seorang ibu. Daler juga memuat naik foto kenangan dia mencium pipi Allahyarham neneknya di laman sosial.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada netizen yang mendoakan agar arwah nenek Daler ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Menerusi laporan mStar pada Rabu, Daler memberitahu neneknya ketika itu dalam keadaan kritikal dan terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru nenek yang berusia 76 tahun tersebut.

Memandangkan Daler kini berada di Kuala Lumpur, pelakon drama Encik 'Suami Mat Salih Celup' itu mengakui dia berasa bimbang memikirkan kesihatan neneknya. Hasil semakan di laman sesawang Worldmeter pada Rabu, seramai 27,300 orang telah dijangkiti Covid-19 di negara berkenaan.

Al-Fatihah

Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Daler Yusuf


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: