21 August 2020

SEMPENA BIRTHDAY - HANS ISAAC BERI BANTUAN KEMASYARAKATAN



"Amat berbeza dari kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini saya bersama rakan-rakan menjenguk kediaman masyarakat dan memberikan sedikit bantuan yang termampu. Saya sangat terkesan dengan cabaran yang dilalui dan sekaligus mengingatkan saya pada usia ini untuk terus prihatin kepada masyarakat yang memerlukan.

"Sentiasalah bersyukur. Marilah lakukan dan sumbangkan walaupun sedikit kerana ia mampu memberi kesan kepada mereka," demikian kata pelakon Datuk Hans Issac yang mngakui mahu lalukan sesuatu yang berbeza untuk sambutan hari jadinya pada 20 Ogos 2020, semalam.

Menurut Hans, kali ini dia bersama rakan-rakannya akan meraikannya dengan melakukan aktiviti sosial dan beramal. Hans berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Hans memuat naik fotonya sepanjang aktiviti beramal tersebut. Difahamkan Hans bersama satu kelab kebajikan mengagihkan sumbangan dan melawat penduduk yang memerlukan.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hans Isaac

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: