Pejam celik... dah dua minggu usia Aisha Amaira, anak kepada pasangan pelakon Fasha Sandha & Aidil Aziz ni. Menerusi laman Instagram, Fasha dan Aidil ada berkongsi foto terkini anak perempuan mereka bersama peminat.
"Assalamualaikum kesayangan ibu, Hari ni Aisha 2 Minggu. Aisha membesar dengan jayanya kan. Terima kasih susu ibu. Hari ni ibu Aisha rajin, jadi photographer untuk Aisha. Pandai kan ibu Aisha jadi photographer ππ #iburayfalraysha #iburayfalrayshaaisha π," tulis Fasha.
"Aisha..Aisha.. Usia baru 2 minggu, dah pandai manjakan diriππ€£π. Ibu dia lah punya kerja niππ.. @fashasandha #iburayfalrayshaaisha," tulis Aidil pula.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 7 Ogos yang lalu.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan tersebut , Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fasha Sandha & AIdil Aziz
________________________

No comments:
Post a Comment