13 August 2020

SHIHA TERKEJUT TONTONAN 'AEWO' MENURUN: "MUNGKIN ADA PIHAK KURANG SENANG..."



"Saya sendiri tak tahu kenapa perkara ini berlaku, kerana saya tidak pernah mengalaminya sepanjang bergelar penyanyi, inilah kali pertama. Apa yang boleh saya katakan, mungkin ada pihak yang rasa kurang senang dengan video muzik 'AEWO', tetapi ia satu kemungkinan sahaja, saya sendiri pun tak pasti.

"Apapun, meskipun kejadian ini mengejutkan, saya tak akan patah semangat untuk tampil berbeza dan hasilkan video muzik yang berkualiti walau apa pun yang terjadi," demikian kata penyanyi Shiha Zikir yang mendedahkan jumlah tontonan video muzik lagu terbarunya, 'AEWO' di YouTube telah mengalami penurunan secara tiba-tiba.

Menurut sebuah perkongsian di akaun Instagram miliknya, Shiha mengatakan jumlah tontonan video muzik tersebut menurun daripada hampir 400,000 kepada 280,000 sahaja pada semalam. Ekoran itu, Shiha telah dihubungi untuk mendapatkan sedikit komen.

Klik untuk gambar besar


Menurut Shiha, dia sendiri tidak pasti mengenai punca kejadian itu kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Tambah Shiha, meskipun terkejut dengan kejadian yang menimpa, dia tidak akan berputus asa untuk terus melakukan yang terbaik dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, video muzik 'AEWO' mencuri perhatian apabila ada sesetengah pihak mendakwa ia mengandungi unsur bertentangan Islam atau Iluminati. Walaubagaimanapun, Shiha telah tampil memberi penjelasan tentang mesej sebenar yang disampaikan dalam video muzik tersebut.

 


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shiha ZIkir


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: