14 August 2020

TAK KONGSI FOTO BERSAMA KEKASIH - RIENA DIANA NAFI PUTUS CINTA



"Sebenarnya saya dah lama tak jumpa dia memandangkan dia pun duduk dekat Pahang. Jadi, agak sukar kami nak jumpa. Sebab itu juga lama tak kongsi gambar dengan dia. Walaupun dah tak kongsi foto dia tapi hubungan kami baik sahaja.

"Lagipun, buat masa sekarang ini saya lebih selesa bersendirian dan nak fokus pada karier lakonan saja. Dengan kawan-kawan pun saya jarang jumpa. Saya pun dah dua bulan juga duduk dekat homestay yang disediakan pihak produksi di Klang untuk jalani penggambaran drama Kampung People 2," jelas pelakon Riena Diana.

Riena mengakui sudah lama tidak bertemu dengan kekasihnya, Nik Afiq yang kini menetap di Pahang, dek kerana kesibukan jadual dan kekangan masa. Biarpun begitu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, menafikan hubungan itu berdepan masalah atau sudah berakhir seperti diperkatakan netizen.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Riena terbuka untuk berkongsi foto bersama teman lelakinya yang juga seorang usahawan namun tiada lagi gambar mereka sejak kebelakangan ini telah mencetuskan spekulasi hubungan itu sudah berakhir.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Nur ini mengakui kini mengambil langkah lebih berhati-hati apabila berada di luar dan dalam kawasan yang ramai orang disebabkan wabak Covid-19 masih ada: "Sekarang ini memang setiap kali datang set penggambaran akan pakai face mask. Pihak produksi pun akan memastikan lokasi penggambaran dalam keadaan bersih.

"Sebelum ini saya ada juga terleka sekejap sebab lihat kes Covid-19 makin menurun tapi sekarang ini memang saya cepat paranoid. Orang bersin pun, saya dah jadi takut. Nak keluar pergi tempat ramai orang pun saya tak berani. Tapi disebabkan dah ada komitmen kerja, terpaksa saya keluar juga. Apa-apa pun, saya memang akan ambil langkah lebih berjaga-jaga," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Riena Diana


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: