03 September 2020

ALHAMDULILLAH - MIRA FILZAH AKHIRNYA BERGELAR ISTERI WAN EMIR ASTAR



Pada jam 8.58 malam, pelakon Mira Filzah kini sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Yazid dengan sekali lafaz.

Dalam majlis akad nikah tersebut, Mira kelihatan anggun dan berseri-seri dengan busana kurung Pahang hasil rekaan Rizman Ruzaini. Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa pelakon drama 'Bidadari Kiriman Tuhan itu, Badioezaman Ab Khalik.

Majlis yang dilangsungkan mengikut rutin normal baharu, turut disaksikan ibu pengantin lelaki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dan ibu Mira, Faizatul Akmar Hisan.

Klik untuk gambar besar


Kira-kira 250 tetamu merangkumi anggota keluarga dan teman rapat pasangan berkenaan, diundang memeriahkan majlis yang turut disiarkan secara langsung di akaun YouTube TV3.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Mira ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bersyukur majlis berlangsung sempurna seperti dirancang: "Walaupun sudah bergelar isteri, Mira akan terus menyambung karier lakonan seperti biasa.


"Mira ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Mira sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk Mira dan Emir," kata pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan Julai lalu selepas hampir setahun berkenalan. Majlis resepsi kedua berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang akan dipancarkan secara langsung di TV3.

Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi terbitan stesen televisyen (TV) itu.

















www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & #emiramirah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: