"Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasar bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira, Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
"Sekali lagi, andai ada yang bertanya, setiap majlis diadakan secara kecilan, hanya 200 - 250 tetamu sahaja yang dijemput. Maaf Mira tak dapat memenuhi permintaan untuk menjemput tetamu lebih ramai. Risau, takut ada sedara mara atau kawan kawan yang terasa. Harap klarifikasi disini menjelaskan semuanya.
"Kepada @miraclegacy_, inshaAllah, bila keadaan sudah lebih baik dan selamat untuk semua, Mira akan raikan bersama kalian semua. Terima kasih atas segala kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi. Love each and every one of you.
Klik untuk gambar besar
"Doakan agar Mira dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, seorang muslimah yang lebih baik, seorang anak, seorang isteri dan seorang ibu (in future, inshaAllah) yang baik. 🥰 #emiramirah," tulis pelakon Mira Filzah menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam masa sama, Emir turut memohon maaf: "Dengan nama Allah, ٱلرَّØْÙ…َٰÙ†ِ Yang Maha Pemurah, ٱلرَّØِيمِ Lagi Maha Mengasihani..
"Kami mohon doa kalian.. moga rahmat Allah SWT membimbing kami, Wan Emir Astar & Nur Amirah Filzah, melaksanakan ibadah perkahwinan, sunnah junjungan kita Rasulullah SAW, dalam usaha kami untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Mohon selamat segalanya, hingga ke Jannah. #emiramirah," tulis Emir pula di IGnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Mira Filzah, Wan Emir Astar & #emiramirah
________________________

No comments:
Post a Comment