03 September 2020

ANAK FARAH LEE MASUK TAHUN 1 KALI KE-2: "BERKORBAN JUGA KEWANGAN OMMA..."



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, personaliti media sosial, Farah Lee mengakui terpaksa berkorban wang ringgitnya apabila anaknya, Maream Esabel, 6, dimasukkan ke sekolah rendah di Malaysia bagi Tahun 1 untuk kali kedua. Menurut Farah, sebelum ini Maream Menjalani pengajian Tahun 1 di sekolah rendah di UK.

"Minggu depan Maream akan mula masuk sekolah rendah di Malaysia. Ini kali kedua sebab masa di UK dia dah masuk tahun 1 masa dia umur 5 tahun. Berkorban juga kewangan Omma (Farah) untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk dia.

"Sekolah baru dia tiada silibus tetap jadi dia perlu memllilih apa yang dia perlukan untuk belajar secara semula jadi. Harapnya dia dapat eventually discover potensi dan minatnya, kemudian menjadi pakar dalam bidang tersebut," katanya.

Farah yang merupakan bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Farah berharap anaknya dapat belajar dan mencari hala tuju hidup mengikut minatnya.

Klik untuk gambar besar


"Habis belajar di sekolah masih blur tentang minatnya apa. Lalu jadilah macam Omma ambil engineering masa degree, balik buat business fashion then sambung masters in education now cita-cita nak jadi suri rumah haha.

"Tapi Alhamdulilah banyak yang Omma belajar dari perjalanan hidup ni. Tapi bila kita ada peluang dan pengetahuan untuk berubah, kite perlu lakukannya dan berubahlah kan? Berdoa yang terbaik untuk sistem pembelajaran di negara kita," tuturnya.

Pada 2012 Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahim Romli berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar Mohd Mardzi. Namun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka bercerai pada tahun 2016. Melalui perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Farah Lee

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: