03 September 2020

SEBELUM BERGELAR SUAMI MIRA FILZAH - INI PESANAN IBU BUAT WAN EMIR ASTAR



Pelakon Mira Filzah dan pasangannya, anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Yazid iaitu Wan Emir Astar Wan bakal disatukan sebagai suami isteri dalam beberapa jam sahaja lagi iaitu 8.30 malam ini.

Apa yang pasti, ramai peminat yang tidak sabar untuk menantikan majlis penikahan pasangan ini malam tadi. Namun, menerusi Facebook Datin Mastura, beliau sempat menitipkan sedikit coretan khas buat anakanda sulungnya yang begitu menyentuh hati sebelum bergelar suami kepada Mira Filzah.

Dalam perkongsian itu, beliau memaklumkan Allahyarham suaminya ingin sekali melihat anak sulung mereka menamatkan zaman bujang secepat mungkin namun beliau tidak berkesempatan.

Klik untuk gambar besar


Malah, Datin Mastura memberitahu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Kahir-ril juga sudah membuat rekabentuk pelamin untuk anaknya itu sama seperti yang dilakukan semasa majlis perkahwinan anak keduanya, Wan Imar.

Datin Mastura turut memaklumkan bahawa arwah suaminya sempat menitipkan pesanan kepada Wan Emir agar menjadi seorang suami yang bertanggungjawab apabila tiba masanya nanti.

"Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah," tulisnya.



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: