03 September 2020

BILA CHEF WAN RAIH PENDAPATAN RM30,000 SEBULAN KETIKA USIA 23 TAHUN



"Sewaktu saya kerja di bank, orang lain balik kerja pukul 4 petang dah balik rumah membuta. Saya pula sambung kerja, naik motosikal jual macam-macam barang, tupperware, alat soleklah. Masa itu umur saya baru 23 tahun.

"Buat jual-jual tu semua dapatlah saya sampai RM30,000 sebulan," demikianlah kata Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang mendedahkan bahawa dia banyak menghabiskan zaman mudanya dengan melakukan pelbagai kerja pada satu masa.

Disebabkan itu jugalah, sebelum bergelar seorang cef lagi, kata Chef Wan, dia pernah meraih pendapatan sehingga mencecah RM30,000 sebulan. Bahkan, menurut Chef Wan, berkat usaha kerja kerasnya melakukan itu jugalah, dia berjaya membeli rumahnya pada usia cukup muda.

Klik untuk gambar besar


Katanya lagi, walaupun dia terpaksa berkorban masa mudanya dengan melakukan banyak kerja, namun, itu semua dilakukan demi rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga.

"Saya melakukan pelbagai kerja. Saya pernah pergi rumah orang cuci, kerja di pasar raya, jadi tukang kebun. Saya dulu memang 'struggle' perlu melakukan banyak kerja.

"Balik rumah, jaga adik, masak, buat kuih, jual kuih. Balik, siap beri (duit) pada mak. Budak-budak lain, balik rumah sambung main bola. Pada masa sama, saya boleh jadi pelajar terbaik lagi," katanya yang mengimbau zaman mudanya.


Justeru, menurut Chef Wan, tiada alasan untuk seseorang untuk mengubah nasib hidup. Katanya, semua itu boleh diperoleh dengan semangat dan usaha yang ada pada diri masing-masing sahaja.

"Bila tak ada duit, pergilah kerja. Cuma orang sekarang selalu mengeluh. Kalau tak berusaha, susahlah. Apabila sudah dapat rezeki, bantu orang sekeliling, agar rezeki itu berpanjangan.

"Saya tak adalah kaya raya sepanjang masa. Tapi itulah pengorbanan. Bila kita hidup suka berkorban, saya percaya ada sebab Allah murahkan rezeki untuk tolong keluarga sendiri, bersedekah," nasihat Chef Wan ketika ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Selangor ketika penggambaran program Next To Neelofa baru-baru ini.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: