03 September 2020

SUKA MAKAN DI KEDAI 'PORK FREE' - INI TEGURAN ABBY ABADI



Pelakon Abby Abadi, 43, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu entri dimana dia bertindak menegur semua orang supaya lebih peka dengan makanan yang dinikmati.

Abby berkongsi kejadian di mana seorang wanita Islam bertindak memesan makanan dari sebuah kedai makanan yang pemiliknya bukan orang Islam. Tegas Abby, walaupun terpampang perkataan bebas khinzir (pork free) di kedai itu namun harus diambil kira cara pembersihan dan penyediaan yang dilakukan.

"Banyak gerai orang Islam di pulau ni. Sempatlah kami makan char kuetiau, air semua beli air tin je. Dan ada juga gerai yang bukan Islam. Dan ada orang Islam tempah juga di gerai itu.

"Mungkin sebab mereka tak perasan atau mungkin sebab dia tulis 'pork free', wallahuallam. Nak bagitau, 'pork free' tu tiada vavisss je yang, tapi sembelihan ayam, dagingnya semua macam mana?

"Ambil tahu jugalah ya, fikir jauh sikit okey. Sebab kami duduk betul-betul depan gerai tu, tengok dia hantar nasi goreng dekat wanita bertudung labuh," tulisnya di Instagram (IG).

Klik untuk gambar besar


Situasi itu berlaku ketika Abby bersama keluarga termasuklah dengan aktor Norman Hakim serta Memey Suhaiza yang bercuti di Pulau Jerejak. Dalam pada itu, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan menyatakan pemakanan juga boleh menyebabkan hati kita menjadi degil dan makin menjauh dari agama kerana sudah menjadi darah daging.

"Suami @jaiezzanypun perasan sebab dia pergi gerai tu konon nak tempah apatah, sekali dorang tak pandai cakap Melayu. Suruh tunjuk gambar je. Ternampak 'pork free', tu yang jadi topik sembang kami semalam.

"Bila tersembang tentang halal haram ni, kita sebagai umat Islam kena lebih menjagalah ye tak? Sebab apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Memang kita makan kedai yang takde halal, yang pork free, elok je lagi, tak mati, boleh bercakap semua. Tapi dalam tak sedar, hati kita ni makin degil atau makin menjauh dari Islam.

"Kita sebagai umat Islam, kalau ada gerai orang Islam, itu patut jadi pilihan. Kalau dah darurat sangat, takda makanan, tak makan boleh mati, jadi dibolehkan, dengan syarat pilih-pilih la juga makanan yang dijual," tulisnya.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abadi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: