03 September 2020

PASAR RAYA ELEWSMART - USTAZ EBIT LEW SEDIH DIPECAH MASUK



"Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet. Peti besi kena angkat. Dengan curi susu-susu dan coklat-coklat," demikian tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit yang baru sahaja membuka pasar raya untuk membantu golongan yang memerlukan itu meluahkan rasa sedih apabila premis perniagaannya, Elewsmart di Sungai Buloh dilaporkan telah dipecah masuk.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Ustaz Ebit berkata kejadian itu berlaku pada 3.30 pagi tadi. Melalui rakaman CCTV, dapat dilihat dua orang lelaki memasuki pasar raya berkenaan dengan memakai helmet.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut memohon doa daripada orang ramai agar segala yang berlaku akan temui jalan penyelesaian dan yakin insiden yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. 

Klik untuk gambar besar

"Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya.

"Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik," tulisnya lagi.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak putus-putus memanjatkan doa agar segala urusannya dipermudahkan serta memberi kata semangat terus bersabar di atas ujian tersebut.

Malah, malah ramai juga yang terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana menerusi foto yang dimuat naik memaparkan kesemua duit yang disimpan di laci ‘cashier’ juga telah diambil individu tidak bertanggungjawab itu.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Sarah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: